Assalamualaikum w.b.t
buat kesekian kalinya blog baru dicipta lagi.. ;) blog yang entah ke 3 atau ke 4 ^^,
jiwa meronta mahu menulis. tapi bila sudah terciptanya blog ini, tak tahu pula mana mahu mula~
buka diari selak2 sampai terhenti ke majlis ilmu terakhir yang dihadiri sebelum cuti semester ini. ya, yang terakhir sebelum cuti, maksudnya ketika minggu peperiksaan. ah, kadang2 kita perlu hanya gerak dan buang ragu2 yang menguasai hati. saya benci teori yang menyatakan musim exam kita perlu putuskan hubungan kita dengan perkara2 lain, termasauk majlis ilmu, dan fokus untuk belajar! exam week + study week, memakan masa sekitar 3 minggu++.. hampir sebulan.. macam mana boleh hidup dengan membiarkan hati kosong dahagakan kesegaran ilmu.. tanpa saya sedar, saya telah lakukan itu selama ini.. syukur, sempat tersedar pada waktu2 kecederaan di tahun 4 ini.. (ya, tahun akhir!)
oh, orang terdekat saya memang tahu betapa saya tidak menyukai minggu peperiksaan.. haha.. tapi syukur, saya rasa suatu kelainan sebenarnya untuk minggu peperiksaan kali ini. alhamdulillah :D
kembali kepada tajuk entry kali ini, pembuka blog baru =) saya mahu berkongsi dapatan dari talaqqi kitab
al-Hikam (Ibn ath-Tho'ilah) bersama
al-fadhilah al-Syeikh Fahmi Zam Zam di Ba'lawi.. saya bersyukur dapat mengikuti majlis ilmu di Ba'lawi ini.. takdir Allah akhirnya membawa saya kesini.. (ya, di tahun akhir saya..) sedangkan saya mendapat jemputan tentang majlis ilmu di Ba'lawi ini sejak saya first year lagi.. tapi Maha Suci Allah, menetapkan setiap perkara sesuai pada masanya ;)
saya akan kongsikan untuk kuliah yang saya hadiri masa minggu peperiksaan baru2 ini.. untuk kuliah2 yang lepas, insyaAllah akan dikongsikan pada entry2 yang mendatang.. insyaAllah..
saya tidak punyai matan hikmah itu yang penuh & mungkin saja perkongsian saya tidak seperti yang al-fadhil syeikh ingin sampaikan.. saya sekadar berkongsi dapatan saya menerusi pemahaman saya yang terbatas ini ;)
Hikmah yang ke-230
hikmah ini berkaitan nikmat yang seharusnya mendekatkan hamba kepadaNya. Tidak mungkin Allah terhijab dari kita, kerana setiap yang dihadapan kita adalah gambaran nikmat & kekuasaan Allah..
teringat saya pada suatu kata2.. "mata melihat alam, hati melihat Tuhan"
sebagai contoh, bila kita pulang kerumah ayah kita, bila kita melihat perabot & barangan didalam rumah itu, kita akan teringat pada ayah kita yang membeli & yang memilikinya. begitu juga bila melihat alam & segala nikmat Allah seharusnya ia membuat kita sentiasa ingat kepada Allah..
ilmu juga merupakan nikmat Allah kepada manusia. jika kita lupa ianya adalah nikmat Allah,itu tanda kita tidak mengenal nikmat yang Allah kurniakan. sebab itulah kita dengan tidak malunya boleh melakukan maksiat dengan menggunakan nikmat2 yang Allah berikan kepada kita. sangat jahat orang yang menggunakan nikmat Allah untuk menderhakai & melawan perintah Allah,,, sungguh, kufur nikmat!
Allah itu wujud & hadir walau dimana pun! mungkin saja zat nya tidak mampu terlihat dengan mata kasar, tetapi subhanallah kekuasaannya terlihat dalam setiap sudut kehidupan.. moga2 hati kita dibuka hijab untuk melihat & menikmatinya,,
jika hilang hakikat ini dari diri kita, makanya terlahirlah sifat riya', ujub dan takabbur.. kerana kita akan merasakan "aku hebat"... naudzubillah... "aku" itu siapa?kita pun milik Allah, anugerah yang kita rasa HEBAT itu pun milik Allah! bangga dengan hak sendiri pun tidak boleh, apalagi berbangga dengan hak Allah.. hakikatnya, SEMUAnya adalah hak Allah.. kita tidak layak untuk berbangga dengan apa2 yang kita punya.. semua itu nikmat pemberian Allah.. untuk menguji tanda syukur & taat kita...
makanya, tidak mungkin Allah akan hilang dari pandangan kita jika kita benar2 menyedari hakikat nikmat & kuasa Allah dalam setiap ciptaanNya.. yang paling dekat diri kita!
---> saat ini saya sedang sangat mengagumi kehebatan Allah dalam penciptaan manusia.. melihat beberapa dokumentari tentang ini membuat saya merasa hina & malu kerana lewat mengaguminya... subhanallah, la hawla wala quwata illa billah..!
Hikmah yang ke-231
Hikmah ini menasihatkan gar kita tidak berputus asa ibadat kita akan diterima Allah, walau kita sedar yang ibadah kita itu banyak kekurangannya & tidak khusyu'. kita haruslah mempunyai harapan bahawa Allah akan menerima ibadat kita itu kerana hadir hati bukanlah syarat mutlak ibadat diterima. cumanya, ibadat yang khusyu' akan lebih terasa kelazatannya. rasa kelazatan dalam beribadat adalah tanda ibadat kita diterima.
contohnya, ibadat solat memang sulit untuk kita khusyu', sebab itu kita digalakkan untuk melakukan solat berjemaah, semoga kita dapat menumpang syafaat orang lain yang mungkin sahaja ada kekasih Allah dalam jemaah tersebut.
hadir hati dalam beribadah adalh buah segera yang sudah cukup besar ganjarannya..hati yang tenang itu adalah nikmat yang sangat luarbiasa.
Ibrahim bin Adham lari dari keluarganya untuk bersama ahli sufi. dia berkata, ' Jikalau raja2 itu tahu kenikmatan beribadah, pasti mereka tinggalkan istana2 mereka.'
khusyu' itu sesuatu yang perlu diusahakan, yang mana buahnya adalah ketenangan.. jika kita tidak berusaha, bagaimana mahu dapatkan sesuatu yang istimewa.
'Tiadalah ubat selain beruzlah dan bergaullah dengan manusia sekadarnya.' -al-ghazali-
wallahua'lam :D
p/s: ada satu makhluk sedang tercipta didalam rahim bondanya yang sangat dinanti kelahirannya ;)