KISAH 1
Minggu lepas Zahira keluar ke KLCC untuk ke Kinokuniya..mencari ketenangan barangkali selepas menjalani semester akhirnya yang sangat hectic.. Selepas ke Kinokuniya, Zahira singgah sebentar ke Guardian, kebetulan ubat gigi dia diasrama sudah habis..
Sedang asyik Zahira memilih pelbagai jenama ubat gigi yang terdapat dipasaran kini sambil membandingkan fungsi yang berbeza ubat2 gigi tersebut dan harga mengikut bajet seorang pelajar seperti beliau, datang seorang promoter perempuan berbangsa Cina menghampiri Zahira. Barangkali ingin membantu Zahira yang kelihatan sukar membuat pilihan.. alahai Zahira, buat pilihan untuk beli ubat gigi pun susah.. Promoter yang menghampiri Zahira yang berbangsa cina tadi pun cuba membantu Zahira.. "yes miss, miss cari ubat gigi apa ye?" Zahira menggeleng lalu menjawab, "erm, saya tengok2 je dulu.." "miss, ini dan ini ubat gigi yang HALAL", promoter tadi menunjukkan Zahira ubat gigi Safi & Mu'min. Mungkin sahaja penampilan Zahira yang berpurdah membantu promoter tersebut membantu Zahira membuat pilihan..
Zahira. Sentap.
Dia berlama-lamaan memilih ubat gigi tadi bukan sebab dia mencari ubat gigi yang halal. Bagi dia semua ubat gigi yang dijual dipasaran tiada keraguan status kehalalan nya. Maklumlah di Malaysia bukan susah mendapatkan produk halal & kebanyakan barangan yang dijual dipasaran sudah dipastikan terlebih dahulu status kehalalannya oleh pihak JAKIM, terutamanya produk2 yang sudah terkenal seperti Colgate, Fresh & White, Darlie dll.
Selepas mempertimbangkan cadangan gadis promoter berbangsa cina tadi, Zahira pun memilih ubat gigi berjenama Safi dan terus ke kaunter bayaran :) Walaupun pada awalnya Zahira hampir membeli ubat gigi Fresh & White kerana tertarik dengan fungsi Double Action nya...
namun, promoter berbangsa cina tadi lebih berjaya menarik hati Zahira dan mengingatkan dia bahawa, MENCARI YANG HALAL ITU FARDU BAGI SETIAP MUSLIM :)
keluar dari Guardian selepas membuat bayaran, Zahira tersenyum sendiri di balik purdahnya. Promoter berbangsa Cina tadi menyedarkan Zahira betapa kuat penampilan seseorang sebagai manifestasi kepercayaan seseorang & mempengaruhi 'first impression' orang lain.
KISAH 2
Selesai final exam yang lepas, Zahira menemani sahabatnya, Alisya ke Face Shop. Alisya memang suka mengajak Zahira shopping bersamanya. Zahira & Alisya asyik memilih barangan yang dijual di kedai tersebut sambil dilayan seorang gadis promoter berbangsa cina. Gadis promoter itu menerangkan satu persatu kebaikan produk yang mereka minat, rupanya gadis promoter itu memerhatikan penampilan Zahira.
Tiba-tiba gadis promoter berbangsa cina itu bertanya pada Zahira, "tak panas ke pakai macam ini?" Zahira gelak sambil menjawab, "takkk laaaa, kan kedai you ada air cond" Gadis itu menjawab, "aiyoo, mana ada rasa.. air cond manyak slow. Saya ini macam pun rasa panas. Saya selalu nampak perempuan pakai macam you.. manyak panas meyh, banyak lapis." Zahira menjawab sambil memegang hujung kain purdahnya, "ini kain lembut, cuba rasa..tak panas lah,,," Gadis promoter itu merasa hujung kain purdah Zahira, lalu tersenyum. "You kena try pakai sekejap la rasa, memang tak panas..", kata Zahira. Gadis promoter itu menjawab "iye ke?" Zahira senyum dan terus sambung memilih face mask di Face Shop tadi, meninggalkan persoalan gadis promoter tadi.
Alisya hanya tersenyum memerhatikan perbualan Zahira & gadis promoter itu.
Sekali lagi Zahira disedarkan oleh gadis promoter berbangsa cina. Penampilannya diperhatikan rupanya. Gadis berbangsa lain tertanya-tanya rupanya bagaimana rasanya seorang perempuan Muslim yang berlapis-lapis pakaiannya.
Tak panas. Serious, tak panas. -Zahira-
Kalau duduk dalam air cond, memang lah tak panas. kalau duduk bawah terik mentari, awak pakai skirt pendek pun berpeluh jugak kan? biasalah tu :)
Berpanas sikit kat dunia, neraka Jahannam nanti lagi panas~
When you deal with me, you deal with my mind, my personality, my emotions and what I have to offer as a person – and that’s it. -Quoted-