Monday 26 January 2015

Cerpen - Gadis Promoter Berbangsa Cina

KISAH 1

Minggu lepas Zahira keluar ke KLCC untuk ke Kinokuniya..mencari ketenangan barangkali  selepas menjalani semester akhirnya yang sangat hectic.. Selepas ke Kinokuniya, Zahira singgah sebentar ke Guardian,  kebetulan ubat gigi  dia diasrama sudah habis..

Sedang asyik Zahira  memilih pelbagai jenama ubat gigi yang terdapat dipasaran kini  sambil membandingkan fungsi yang berbeza ubat2 gigi tersebut  dan harga mengikut  bajet  seorang pelajar seperti beliau, datang seorang promoter perempuan berbangsa Cina menghampiri  Zahira. Barangkali ingin membantu  Zahira yang kelihatan sukar membuat pilihan.. alahai  Zahira, buat pilihan  untuk beli ubat  gigi pun susah.. Promoter yang menghampiri  Zahira yang berbangsa cina  tadi pun cuba membantu Zahira.. "yes miss, miss  cari  ubat  gigi apa ye?" Zahira menggeleng lalu menjawab, "erm, saya tengok2 je  dulu.." "miss,  ini dan ini ubat  gigi yang HALAL", promoter tadi menunjukkan Zahira ubat gigi Safi & Mu'min.   Mungkin sahaja  penampilan Zahira yang berpurdah membantu promoter tersebut membantu Zahira membuat pilihan..

Zahira. Sentap.

Dia  berlama-lamaan  memilih ubat gigi  tadi  bukan  sebab dia  mencari  ubat  gigi yang halal. Bagi dia semua ubat  gigi  yang dijual dipasaran tiada keraguan status kehalalan  nya. Maklumlah di Malaysia bukan susah mendapatkan  produk halal &  kebanyakan barangan yang dijual  dipasaran sudah dipastikan terlebih dahulu status  kehalalannya oleh pihak  JAKIM, terutamanya produk2  yang sudah terkenal seperti  Colgate, Fresh & White, Darlie dll.

Selepas mempertimbangkan cadangan gadis  promoter berbangsa  cina tadi, Zahira pun memilih ubat gigi berjenama  Safi dan terus ke kaunter bayaran :) Walaupun pada  awalnya Zahira hampir membeli ubat gigi Fresh & White kerana  tertarik dengan fungsi Double Action  nya...

namun, promoter berbangsa cina tadi lebih berjaya menarik hati Zahira dan mengingatkan dia bahawa, MENCARI YANG HALAL ITU  FARDU BAGI SETIAP MUSLIM  :)


keluar dari Guardian  selepas  membuat bayaran,  Zahira tersenyum sendiri di balik purdahnya. Promoter  berbangsa Cina tadi menyedarkan Zahira  betapa kuat penampilan  seseorang sebagai manifestasi kepercayaan  seseorang &  mempengaruhi 'first impression' orang lain.


KISAH 2

Selesai final  exam  yang lepas, Zahira  menemani sahabatnya, Alisya ke Face Shop. Alisya memang suka mengajak Zahira shopping bersamanya. Zahira & Alisya asyik memilih barangan yang dijual  di kedai tersebut sambil dilayan seorang  gadis promoter  berbangsa cina. Gadis  promoter itu  menerangkan  satu persatu  kebaikan produk yang mereka minat,  rupanya gadis promoter  itu memerhatikan penampilan Zahira.

Tiba-tiba  gadis promoter berbangsa cina itu  bertanya pada  Zahira, "tak  panas ke pakai macam ini?" Zahira gelak sambil  menjawab, "takkk laaaa, kan kedai  you ada  air cond" Gadis  itu menjawab, "aiyoo, mana  ada rasa..  air  cond manyak  slow. Saya ini macam pun  rasa panas. Saya selalu  nampak perempuan pakai macam you..  manyak  panas meyh, banyak lapis."  Zahira menjawab sambil  memegang hujung kain purdahnya,  "ini kain lembut,  cuba  rasa..tak panas lah,,," Gadis promoter itu merasa hujung kain purdah Zahira, lalu tersenyum. "You  kena try pakai sekejap la rasa,  memang tak panas..", kata  Zahira. Gadis promoter itu menjawab  "iye  ke?"  Zahira senyum dan terus sambung  memilih face mask  di  Face Shop tadi,  meninggalkan persoalan  gadis  promoter tadi. 

Alisya  hanya tersenyum memerhatikan perbualan  Zahira & gadis promoter itu.

Sekali lagi Zahira disedarkan oleh gadis promoter berbangsa cina. Penampilannya diperhatikan rupanya. Gadis berbangsa lain tertanya-tanya rupanya bagaimana  rasanya seorang perempuan Muslim  yang berlapis-lapis pakaiannya.

Tak  panas. Serious, tak panas. -Zahira-

Kalau duduk dalam air cond, memang lah tak panas.  kalau duduk bawah terik  mentari, awak pakai skirt pendek  pun berpeluh jugak  kan? biasalah tu  :)

Berpanas sikit kat dunia,  neraka Jahannam  nanti lagi panas~



When you deal with me, you deal with my mind, my personality, my emotions and what I have to offer as a person – and that’s it. -Quoted-

Tuesday 6 January 2015

Good 2015

salam hyeeee...

it's  2015!  dan Alhamdulillah  telah dinaikkan  pangkat sebagai  auntyyyy pada  2 Januari  2015 baru-baru ni..  isn't it very2 good start for 2015?



may  the  baby  bring happiness  & barakah  to  our  family...

I  haven't meet the  baby yettt, but I already miss & love her like whatever... magikkan?

sebab ni kot?  <3 

2 kegembiraan  untuk bulan ini kerana menyambut 2 kelahiran di bulan Rabiulawal tahun ini  (my  dear Baby Niece pada 11 Rabiul awal  & my Beloved The Chosen One,  Rasulullah S.A.W pada  12 Rabiul awal)..

Semoga menjadi anak solehah pengikat kasih sayang umi & abi, penyejuk mata kami sekeluarga.. Please grow up as awesome as your the one & only auntyyy okayyy!

okay aunty have exam  tomorrow. perlu berperang dengan 2 paper lagi.  dan, dengan izin Allah, akan berakhirlah 5 tahun setengah peperangan aunty  di Ahmad Ibrahim  Law School... *crying*
aunty  tak sambung  syariah? ok, itu entry  lainnn ;)

tiba2  bahasakan diri  aunty kan... haha... syndrome makcik2 over excited  sangat...
sorang kawan saya cakap, kawan2 sebaya kita yang lain tengah excited  dapat  anak sendiri, kita ni baru excited nak dapat anak sedara sendiri...haha.. *nangis lagiiii*

byeeee,,  

p/s: hopefully lepas grad  ni boleh  la  rajin2  update blog dengan  sesuatu yang bermanfaat... *rindu nak membaca  & menulis* **nangis lagiiiiiii**

XoXo, Tisyaaa..