Wednesday 11 March 2015

Men v Women



If you cover your hijab properly just because to help men to lower their gaze, you will be disappointed because some men will be more attracted to something which can't be seen.

If you control your modesty, being a shy girl just to avoid being disturbed by crazy men, you will be disappointed because some men are really crazy.

If we let our beard grow just because to attract 'solehah girl', we will be disappointed because not all 'seem-solehah-girl' will love bearded man.

If we let our beard grow just because to avoid seduction of girl, we are wrong, some girl will try so hard. The more you avoid them, the more they will try.


Do something because of Allah regardless of what people say, what people think and what people react.

Do something because we are slave of Allah.

We are not slave of women, and you are not slave of men.

-Quoted-


p/s: doa hindari dari fitnah wanita..
"Allahumma inni a'udzubika min fitnatin nisaa" Amin..

Monday 9 February 2015

DOA

Assalamualaikum :)



Kita biasakan dengar doa ni dibaca lepas solat. tapi nak doa ni, kenalah faham apa yang kita nak minta, kena bersungguh-sungguh.

Saya suka dengar semula video2 ceramah Pak Hamka di Youtube, jadi terdengarlah Pak Hamka mengajarkan doa ini dalam ceramahnya Dari Gelap Menuju Terang.. Doa ini menyebutkan 4 perkara.. Pak Hamka menghuraikan satu persatu huraian doa ini.

1. Ya Allah aku berlindung dari HATI yang TIDAK KHUSYUK



Hati yang khusyuk ialah hati yang jelas tujuan nya kepada Allah. Sebagai orang Islam kita solat 5 waktu. Solat kita mestilah khusyuk. Jangan mula sahaja solat teringat macam2, piutang belum diterima, hutang belum dibayar, makanan belum masak, handphone belum cas, barang yang selama ini tak ingat kat mana simpan terus teringat dimana, dan macam-macam lagi. Padahal kita sedang solat. Ramai orang yang tidak meninggalkan sembahyang, tetapi tidak meninggalkan bekas dari sembahyang itu dalam kehidupannya. Jadi kita perlu minta pada Allah hati yang sentiasa ingat kepada Allah. Kalau hati sudah tidak ingat pada Allah, kita akan sewenangnya akan melakukan larangan2 Allah seperti menipu, mencela, memfitnah dan lain2.

2. Ya Allah aku berlindung dari ILMU yang TIDAK BERMANFAAT



Ilmu yang bermanfaat itu membawa manusia kepada iman. Sekarang ilmu banyak tetapi tidak membawa manfaat kepada manusia. Contoh, ilmu membuat bom atom/nuklear yang membawa ancaman kepada manusia. Bom yang dijatuhkan di Hiroshima itu tiada apa nak dibandingkan dengan bom2 di zaman ini dengan pertambahan 'ilmu' manusia. Contoh ilmu yang tidak bermnfaat lain, ilmu hitam. Sejenis ilmu tetapi digunakan untuk berbuat jahat kepada orang lain. Jadi, Ilmu2 ini tidak membawa manfaat. Mintalah pada Allah supaya diberikan ilmu yang bermanfaat kepada diri & manusia lainnnya.

3. Ya Allah aku berlindung dari NAFSU/DIRI yang TIDAK PERNAH PUAS




Ini adalah ghazwatul fikr (penjajahan fikiran) pada zaman ini. Bangsa yang merdeka, tapi masih mengikut bangsa yang kononnya lebih kuat. Pangkalnya dari nafsu serakah manusia. Ada hadis yang menyatakan, "Kalau manusia mendapat suatu lembah yang penuh dengan emas, dia akan mahukan satu lagi lembah yang penuh dengan emas." Manusia itu memang tidak akan pernah puas. Jadi, kita perlu mohon perlindungan dari Allah, kerana dunia ini umpama air laut, makin diminum, makin bertambah haus.

4. Ya Allah aku berlindung dari DOA yang TIDAK DIDENGAR LAGI



Ini kemuncaknya. Kita berdoa minta itu & ini dari Allah tetapi tidak didengar lagi. T.T
Ada hadis yang saya belajar masa Pendidikan Islam Tingkatan 5, "Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! 
Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"
Jika doa tidak terkabul baru kita cari Tuhan sedang sebelumnya kita makan, minum & berbuat yang haram.

Bayangkan kita berjumpa orang besar, kita bersalam dengannya tetapi dia tidak memandang kita. Sedih bukan? Apa lagi jika Allah yang tidak melihat & mendengar kita. Jika doa kita tidak didengar Tuhan, apalagi pergantungan kita? Bila doa tidak didengar Tuhan, bukan salah Tuhan, tetapi salah kita.

Didalam Fatihah kita baca, "Hanya kepada Engkau kami menyembah & hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan". Tapi kita sering minta tolong dulu baru menyembah..

Jadi mohonlah  ilmu jangan sampai tidak bermanfaat, hati jangan sampai tidak khusyuk, nafsu jangan sampai tidak puas & doa jangan sampai tidak didengar... Moga2 Allah beri pada kita hati yang terang. Allah lah pemimpin kepada orang beriman yang membawa kepada gelap kepada terang.



Monday 26 January 2015

Cerpen - Gadis Promoter Berbangsa Cina

KISAH 1

Minggu lepas Zahira keluar ke KLCC untuk ke Kinokuniya..mencari ketenangan barangkali  selepas menjalani semester akhirnya yang sangat hectic.. Selepas ke Kinokuniya, Zahira singgah sebentar ke Guardian,  kebetulan ubat gigi  dia diasrama sudah habis..

Sedang asyik Zahira  memilih pelbagai jenama ubat gigi yang terdapat dipasaran kini  sambil membandingkan fungsi yang berbeza ubat2 gigi tersebut  dan harga mengikut  bajet  seorang pelajar seperti beliau, datang seorang promoter perempuan berbangsa Cina menghampiri  Zahira. Barangkali ingin membantu  Zahira yang kelihatan sukar membuat pilihan.. alahai  Zahira, buat pilihan  untuk beli ubat  gigi pun susah.. Promoter yang menghampiri  Zahira yang berbangsa cina  tadi pun cuba membantu Zahira.. "yes miss, miss  cari  ubat  gigi apa ye?" Zahira menggeleng lalu menjawab, "erm, saya tengok2 je  dulu.." "miss,  ini dan ini ubat  gigi yang HALAL", promoter tadi menunjukkan Zahira ubat gigi Safi & Mu'min.   Mungkin sahaja  penampilan Zahira yang berpurdah membantu promoter tersebut membantu Zahira membuat pilihan..

Zahira. Sentap.

Dia  berlama-lamaan  memilih ubat gigi  tadi  bukan  sebab dia  mencari  ubat  gigi yang halal. Bagi dia semua ubat  gigi  yang dijual dipasaran tiada keraguan status kehalalan  nya. Maklumlah di Malaysia bukan susah mendapatkan  produk halal &  kebanyakan barangan yang dijual  dipasaran sudah dipastikan terlebih dahulu status  kehalalannya oleh pihak  JAKIM, terutamanya produk2  yang sudah terkenal seperti  Colgate, Fresh & White, Darlie dll.

Selepas mempertimbangkan cadangan gadis  promoter berbangsa  cina tadi, Zahira pun memilih ubat gigi berjenama  Safi dan terus ke kaunter bayaran :) Walaupun pada  awalnya Zahira hampir membeli ubat gigi Fresh & White kerana  tertarik dengan fungsi Double Action  nya...

namun, promoter berbangsa cina tadi lebih berjaya menarik hati Zahira dan mengingatkan dia bahawa, MENCARI YANG HALAL ITU  FARDU BAGI SETIAP MUSLIM  :)


keluar dari Guardian  selepas  membuat bayaran,  Zahira tersenyum sendiri di balik purdahnya. Promoter  berbangsa Cina tadi menyedarkan Zahira  betapa kuat penampilan  seseorang sebagai manifestasi kepercayaan  seseorang &  mempengaruhi 'first impression' orang lain.


KISAH 2

Selesai final  exam  yang lepas, Zahira  menemani sahabatnya, Alisya ke Face Shop. Alisya memang suka mengajak Zahira shopping bersamanya. Zahira & Alisya asyik memilih barangan yang dijual  di kedai tersebut sambil dilayan seorang  gadis promoter  berbangsa cina. Gadis  promoter itu  menerangkan  satu persatu  kebaikan produk yang mereka minat,  rupanya gadis promoter  itu memerhatikan penampilan Zahira.

Tiba-tiba  gadis promoter berbangsa cina itu  bertanya pada  Zahira, "tak  panas ke pakai macam ini?" Zahira gelak sambil  menjawab, "takkk laaaa, kan kedai  you ada  air cond" Gadis  itu menjawab, "aiyoo, mana  ada rasa..  air  cond manyak  slow. Saya ini macam pun  rasa panas. Saya selalu  nampak perempuan pakai macam you..  manyak  panas meyh, banyak lapis."  Zahira menjawab sambil  memegang hujung kain purdahnya,  "ini kain lembut,  cuba  rasa..tak panas lah,,," Gadis promoter itu merasa hujung kain purdah Zahira, lalu tersenyum. "You  kena try pakai sekejap la rasa,  memang tak panas..", kata  Zahira. Gadis promoter itu menjawab  "iye  ke?"  Zahira senyum dan terus sambung  memilih face mask  di  Face Shop tadi,  meninggalkan persoalan  gadis  promoter tadi. 

Alisya  hanya tersenyum memerhatikan perbualan  Zahira & gadis promoter itu.

Sekali lagi Zahira disedarkan oleh gadis promoter berbangsa cina. Penampilannya diperhatikan rupanya. Gadis berbangsa lain tertanya-tanya rupanya bagaimana  rasanya seorang perempuan Muslim  yang berlapis-lapis pakaiannya.

Tak  panas. Serious, tak panas. -Zahira-

Kalau duduk dalam air cond, memang lah tak panas.  kalau duduk bawah terik  mentari, awak pakai skirt pendek  pun berpeluh jugak  kan? biasalah tu  :)

Berpanas sikit kat dunia,  neraka Jahannam  nanti lagi panas~



When you deal with me, you deal with my mind, my personality, my emotions and what I have to offer as a person – and that’s it. -Quoted-

Tuesday 6 January 2015

Good 2015

salam hyeeee...

it's  2015!  dan Alhamdulillah  telah dinaikkan  pangkat sebagai  auntyyyy pada  2 Januari  2015 baru-baru ni..  isn't it very2 good start for 2015?



may  the  baby  bring happiness  & barakah  to  our  family...

I  haven't meet the  baby yettt, but I already miss & love her like whatever... magikkan?

sebab ni kot?  <3 

2 kegembiraan  untuk bulan ini kerana menyambut 2 kelahiran di bulan Rabiulawal tahun ini  (my  dear Baby Niece pada 11 Rabiul awal  & my Beloved The Chosen One,  Rasulullah S.A.W pada  12 Rabiul awal)..

Semoga menjadi anak solehah pengikat kasih sayang umi & abi, penyejuk mata kami sekeluarga.. Please grow up as awesome as your the one & only auntyyy okayyy!

okay aunty have exam  tomorrow. perlu berperang dengan 2 paper lagi.  dan, dengan izin Allah, akan berakhirlah 5 tahun setengah peperangan aunty  di Ahmad Ibrahim  Law School... *crying*
aunty  tak sambung  syariah? ok, itu entry  lainnn ;)

tiba2  bahasakan diri  aunty kan... haha... syndrome makcik2 over excited  sangat...
sorang kawan saya cakap, kawan2 sebaya kita yang lain tengah excited  dapat  anak sendiri, kita ni baru excited nak dapat anak sedara sendiri...haha.. *nangis lagiiii*

byeeee,,  

p/s: hopefully lepas grad  ni boleh  la  rajin2  update blog dengan  sesuatu yang bermanfaat... *rindu nak membaca  & menulis* **nangis lagiiiiiii**

XoXo, Tisyaaa..